Wednesday, July 20, 2011

BOMB ATTACK AT PAVILLION, KUALA LUMPUR (20 JULAI 2011)

Hari ni qisha ade terbaca di FB serangan bom berlaku di pavillin kuala lumpur. Betul ke?
from FB

closer view (bomb)

credit to syed muhammad fikri (FB)
ikuti kisah selanjutnya....

Tuesday, July 5, 2011

Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan E27

Semalam qisha pergi interview jawatan penolong pegawai perangkaan e27- s.p.a..agak berdebar jugaklah.

Jam 8 pagi, di pusat temuduga s.p.a.Qisha berbaju kurung berwarna biru laut, kain dan tudung berwarna putih serta berkot kemas.Ada seorang pakcik kat kaunter s.p.a (pengurus pendaftaran temuduga)...

Pakcik:Sila serahkan sutrat tawaran temuduga kamu?

Qisha pun membuka fail, surat tawaran qisha ada terselit di dalam fail yang dikatakan agak teballah jugak berbanding calon-calon temuduga yang lain...haha..

Qisha:Sebentar ye encik.

Sambil menyerahkan surat temuduga (yang berwarna biru macam slip gaji...)

Pakcik:Ok..Sila duduk sebentar lagi kamu akan dipanggil semula..

Dalam masa 30 minit...nama qisha dipanggil..

Pakcik:Sila serahkan resume serta salinan fotostat (items ni memang ada dinyatakan kat dalam surat tawran) dan susun sijil-sijil kat dalam fail bermula daripada sijil SPM, Diploma, sijil-sijil berhenti sekolah dan yang lain-lain sila letakkan dibelakangnya.

Qisha pun menyusun sijil-sijil di dalam fail seperti yang diarahkan.Kemudian, pakcik tu tadi menyerahkan nombor angka giliran kepada qisha.Sekarang nombor angka giliran qisha adalah 007.Setelah menunggu hampir 3 jam, barulah qisha dipanggil..
Sambil membuka pintu dan memberi salam...

Qisha:Assalamualaikum.
Penemuduga 1 dan 2: Waalaikumussalam

Qisha berdiri disisi kerusi..Kemudian..

Penemuduga 1:Mari sini fail kamu (sambil menyerahkan fail). Silakan duduk.

Qisah pun duduk tegak sambil tangan diletakkan diatas peha dan kaki dirapatkan.

Penemuduga 1:Berikan nama penuh anda dan nombor i /c.
Qisha:Nama saya .............. dan ic saya 870707..........
Penrmuduga 1: Berikan keputusan SPM anda satu per satu..Bahasa Melayu?
Qisha: 2A
Penemuduga 1: Sejarah?
Qisha: 2A
Penemuduga 1: Pendidikan Agama Islam?
Qisha: 2A

dan seterusnya sehinnga habis...sambil penemuduga 2 membelek-belek fail tadi...mungkin soalan ini ditanya bertujuan untuk melihat sama ada kita prihatin atau ingat tak lagi tentang keputusan peperiksaan yang lalu..

Penemuduga 1: kamu ada ijazah?
Qisha: ya. Ijazah dalam bidang matematik pengurusan di uitm shah alam. Baru sebulan yang lepas saya menamatkan pengajian saya.
Penemuduga 1:Kamu ada ijazah, tetapi kenapa kamu mohon jawatan ini?(jawatan ini adalah diperingkat kelulusan diploma) kamu tak rasa rugi ke?

(dalam hati...dak agak dah..mesti tanya soalan ni..saja nak psikolah tu...)

Qisha:saya rasa tak rugi, kerana bagi saya setiap apa yang kita belajar adalah bertujuan untuk mematangkan fikiran apabila kerja nanti.Tidak semestinya apa yang kita belajar itu kita betul-betul mahir dalam bidang kemahiran tertentu yang cuma kita tahu kebanyakannya adalah teori-teori semasa kita belajar di universiti.Jadi tak salah jikalau saya memohon jawatan yang lebih rendah daripada kelayakan saya.Lagipun dalam portal s.p.a ada tulis yang mana...pelajar ijazah semester akhir tidak dibenarkan memohon bagi jawatan ijazah/sarjana/phd..hanya untuk sesetengah bidang sahaja dibenarkan.(jawapan yang agak nervous..)

(dalam hati..apakah yang aku perkatakan ini???haha..hentam sajalah janji konfiden..)

Penemuduga 1: Betulke pelajar ijazah semester akhir tidak dibenarkan memohon?
Penemuduga 2: tak pasti.

(dalam hati...aishhh...tak kan itu pun tak tahu? sape yang menemu duga siapa ni??huhu..kan jelas tertulis didalam portal spa semasa mengisi borang permohonan bagi kelayakan ijazah/sarjana dan phd iaitu pelajar di semester akhir tidak dibenarkan memohon). Tapi, penemuduga 1 masih lagi berasa kurang pasti dengan jawapan yang qisha berikan tadi.lalu bertanya lagi..

Penemuduga 1:Btol ke? Tapi cgpa yang kamu berikan ini adalah cgpa terakhir bukan?
Qisha: Iya, ia adalah cgpa terakhir saya. Saya baru sahaja menamatkan pengajian saya sebulan yang lepas dan masih belum menghadiri majlis konvokesyen. Permohonan jawatan ini telah dibuat pada 4 bulan yang lalu.(bermakna pada masa itu qisha adalah pelajar ijazah semester akhir)
Penemuduga 1: Jadi kamu betul-betul berminatlah dengan jawatan ini?
Qisha: Iya, saya memang berminat dengan jawatan ini.

Jawab dengan penuh yakin dan bersungguh..

Penemuduga 1: Pada tahun 2010, bancian telah dijalankan dinegara kita. Jikalau saya dalah responden pada ketika itu, dan awak adalah pembanci tetapi pada masa itu saya tidak mahu memberi kerjasama dengan kamu. Apakah yang anda akan lakukan?
Qisha: Jikalau berlakunya situasi sedemikian,saya akan meminta tolong daripada pihak yang lebih berkuasa di sesuatu kawasan seperti ketua kampung bagi kawasan kampung kampung, ketua rukun tetangga bagi kawasan perumahan , dan jika didapati kawasan tersebut adalah kawasan yang merbahaya dan mengancam keselamatan, saya akan minta kerjasama daripada pihak polis untuk menerangkan tugas-tugas serta tujuan kami..


Penemuduga 1: Jika saya tak mahu juga memberikan kerjasama apa yang awak akan lakukan?
(dalam hati..adushhh..memang psiko punye soalan!!!!!)
Qisha: Terdapat akta dan tindakan yang dikeluarkan tentang responden yang tidak mahu beri kerjasama ini.

(dalam hati..betul ke jawapan aku ni??huhu)

Penemuduga 1:Awak ada pernah buka laman web Jabatan statistik?
Qisha: ya. saya pernah.
Penemuduga 1: Siapakah nama Ketua Statistik Malaysia?
Qisha: Dato' Hajjah Wan Ramlah Binti Wan Abdul Raof.(jawab dengan yakin)
Penemuduga 1: Yang Berbahagia Dato' Hajjah Wan Ramlah Binti Wan Abdul Raof ya..

(dalam hati..huhu...kenapa aku tak nampak pun perkataan yang berbahagia dalam laman web tuh???huhu)

Penemuduga 1: Apakah slogan Jabatan Statistik?
Qisha:emmmmmm.....
Penemuduga 1:Sambil tersenyum...mesti awak tak jumpa kan kat dalam laman web tu..

(dalam hati...mmg tak jumpa pon! dan banyak kali dah qisha cari slogan jabatan statistik sebelum temuduga lagi...malahan qisha sempat tanya soalan yang sama pada kawan qisha)
Kemudian, penemuduga yang kedua pula bertanya. Penemuduga 2 ni bertanya tentang pengetahuan statistik yang kita pernah belajar.

Penemuduga 2: Berikan tiga pembolehubah di dalam statistik?
Qisha: Mod,Median dann Min.
Penemuduga 2: Terangkan maksud satu persatu.Maksud Min? Maksud Median? Maksud Mod?
Qisha: Min adalah .........Median adalah........Mod adalah.....
.
Semua jawapan qisha dapat jawab dengan yakin..

Penemuduga 2:Terangkan maksud Varians?
Qisha: Varians ialah............................
.
Fuhhh...lega...
.
Penemuduga 2: Antara pembolehubah-pembolehubah yang disebutkan tadi, yang manakah digunakan di dalam pilihanraya? (soalan KBKK)
 Qisha: Mod kerana pilihanraya adalah berdasarkan frekuensi kekerapan yang paling tinggi dipilih oleh pengundi.
Penemuduga 2: Adakah varian digunakan didalam bancian 2010?(soalan KBKK lagi..huhu)
Qisha: Iye, ia digunakan supaya nilai penganggaran bagi jarak sebaran menjadi lebih tepat.Kerana semua unit dalam populasi terlibat.
Penemuduga 2: Varians tidak perlu digunakan dalam bancian kerana varians sudah memadai digunakan dengan  hanya mengambil sampel daripada populasi.

(Dalam hati...adush...salah sudahh...)

Penemuduga 2: Terangkan maksud R kuasa dua?
Qisha: R square ialah cofficient of determination, yang mana mengukur hubungan diantara  independent dengan dependent-dependent yang lain.

Soalahn statistik dah tamat....sekarang sesi bahasa inggeris..

Penemuduga 1: Ok, describe about yourself..

Past tuh Qisha pun terangkan tentang diri qisha dalam bahasa inggeris......

Temuduga ini ambil masa 30 minit....huhu...rasa macam tak dapat jer jawatan nih..walaupun qisha dah buat persediaan sebelumnya sudah berhari-hari...huhu sedih jer rasenyer....=(

Friday, June 24, 2011

Ceritera kami adik-beradik


Kami adalah adik-beradik yang selalu sayang -menyayangi. Nama panggilan saya 'kak yong' (panggilan anak sulong) dan nama panggilan adik saya 'angah' (panggilan anak kedua).Beza umur kami ialah dua tahun.


Mummy selalu cakap kulit angah gelap sebab suka makan kicap.Kulit kak yong pulak cerah sebab suka minum soya.


Angah, ingat tak waktu kita kecik dulu-dulu. Kita suka lukis-lukis gambar ikan, pokok, kucing, rumah dan macam-macam lagilah yang kita suka.Tapi yang paling penting kita mesti lukis menggunakan colour caryon. Tapi perangai awak pelik angah, hobi awak ialah memasukkan batang caryon kedalam lubang hidung awak sendiri. Suatu hari, sedang awak menyumbatkan batang caryon kedalam lubang hidung, awak menjerit-jerit menangis dengan kuat. Mummy dan abah pun menggelabah.Rupa-rupanya, batang caryon yang awak sumbatkankan tadi tersekat kat dalam lubang hidung awak dan tak boleh keluar semula. hahahaha...padan muka awak angah~!!..nasib baik selepas itu abah dapat keluarkan batang caryon tu semula....haha...cuak muka awak ye angah ketika tu...hihi..


Dulu-dulu awak ingat tak lagi, awak suka baling- baling batu kat kak yong. Suatu hari, "kelekuk~!" (bunyi batu dibaling terkena kat dahi kak yong). Kak yong pun menangis dengan kuat apabila tengok dahi kak yong berdarah...(trauma).Angah, awk...MEEEEMANNNGGGG.........



 Angah ingat tak waktu kita kecik-kecik dulu, awak suka tolak belakang kereta abah.Konon-kononnya, awak ni hebat sebab boleh menggerakkan kereta abah.Padahal, abah yang drive and awak tolak belakang kereta tu...memanglah kereta tu bergerak..haha...Sedang awak menunjukkan kehebatan awak, abah drive dengan lajunya..dan awak pun terjatuh tergolek-golek macam ayam golek.Karh.Karh.Karh.



Angah awak ingat tak lagi waktu kita kecik-kecik dulu, aktiviti kegemaran kita diwaktu petang ialah 'mandi sungai tanpa kebenaran'.Kita selalu pergi sungai senyap-senyap tanpa bagitau mummy dan abah. Past tu, kita mandi bersama-sama dengan kawan-kawan kita yang lain. Suatu hari, selepas kita dah siap daripada  keseronokan bermandi-manda dan dah pakai baju semula. kakyong terlupa yang kak yong dah pakai baju terbalik daripada yang asal sebelum mandi. Huhuhu...kesian kak yong kene marah dengan mummy KAW-KAW sebab 'terkantoi' mandi sungai...haha...padan muka~!!

Begitulah ceritera kami adik-beradik.Kalau diimbas kembali, nak je rasenya jadi kanak-kanak semula..Seronoknya zaman kanak-kanak.Tapi masa tu dah berlalu.huhuhu....

 Inilah angah dan kak yong..Sekarang angah dan cerah..dah tak gelap macam dulu-dulu..hehe

 P/s: Ngah jangan marah yong, gurauan semata-mata..waka-waka...eh. eh...

Wednesday, June 22, 2011

Sebab-sebab perempuan 'direject' untuk berkahwin...

Sebab 1: Pesan orang-orang tua, "anak dara tak elok duduk tepi tangga nanti orang tak jadi nak masuk meminang."

Kalau difikirkan kembali kata-kata orang tua ni ada benarnya juga.Cuba korang bayangkan...sedang korang syok duduk tepi tangga menghirup udara segar sambil  menyanyi2 dan makan kerepek..dah lah suare tak berapa nak sedap...kan nampak tak sopan disitu...tiba2..adalah pulak rombongan meminang datang nak pinang korang..siap dengan bunga manggar dan hantaran cincin berlian lagi (macam rombongan nak kawen plak)...mesti diorang yang datang nak minang korang tak jadi meminang bile nampak korang duduk kat tanggga....haha....

Sebab 2: Tak dapat restu daripada keluarga kekasih

Korang dah bercinta sakan sehinggakan kalau nak merentasi gunung dan lautan api sekali pun korang sanggup....dan korang memang saling sayang-menyayangi dan bercadang nak kawen...tapi korang tak dapat restu daripada orang tua...bab kata orang-orang2 tua "kalau nak pikat anaknya kenelah pikat hati orang tuanya dahulu"...ingat restu ibu bapa itu lagi penting dalam membina kehidupan yang bahagia =)

Sebab 3: Seorang yang bermata duitan dan mahukan majlis perkahwinan yang serba mewah dan sempurna.



Sesetengah wanita mengangan-angankan sebuah majlis perkahwinan yang mewah dan serba sempurna di hari bahagia mereka. Tetapi itu bukanlah faktor utama yang boleh membawa kebahagiaan bila dah kahwin nanti...Sebagai seorang perempuan...korang kenelah faham tahap kemampuan pasangan masing-masing dan tidak meminta yang lebih daripada kemampuan pasangan korang.Cukuplah sekadar mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana dan tidaklah memerlukan belanja yang besar.

Sebab 4: Terlalu seksi
Untuk pengetahuan korang wanita yang seksi hanya sesuai untuk dijadikan 'awek' sahaja..Tapi untuk dibuat 'bini' orang lelaki akan cari perempuan yang sopan serta pakaian yang tidak terdedah sana- sini untuk dijadikan isteri...


Tuesday, June 21, 2011

Apabila terkantoi 'bendera jepun'

Suatu pagi Minah (bukan nama sebenar) sedang belajar subjek matematik di dalam kelas...Minah memang sangat tidak suka subjek matematik ...Cikgu Rahimi (juga bukan nama sebenar) menyuruh semua pelajar di dalam kelas membuat latihan yang ditulis di papan hitam...Soalan yang diberikan oleh Cikgu Rahimi punyalah susah...macam dah tahap Oxford University....Minah yang memang 'bengap tahap gaban' dalam subjek matematik mula mencari idea untuk meniru...

Minah : Eh, Monah (ni nama pinjam jer..bukan nama sebenar)...ko dah siap ke latihan yang Cikgu Rahimi buat kat depan tuh???
Monah: Emmm...senang jer..aku dah siap lama dah (muka agak konfiden). Ko kenapa?
Minah: Ko boleh tunjuk ajar kat aku satu- persatu tak?ak tak faham...ko tulis kat buku aku nih..nanti aku fahamkan sendiri...(ni taktik biasa pelajar kalau dah malas nak buat latihan...haha~!)

Monah pun menulis jawapan didalam buku Minah...Belum sempat habis menulis..Tiba-tiba...

Cikgu Rahimi: Minah sila buat latihan ini di papan hitam..

Minah dengan gelabahnya segera mengambil buku daripada Monah dan menuju ke arah papan hitam..


Minah mengambil kapur di atas meja Cikgu Rahimi..Kemudian ke arah papan hitam untuk menulis sambil menggaru2kan kepalanya kerana tak faham apa yang ditulis oleh Monah tadi...Tiba-tiba ada sekor mamat yang paling tidak disukai oleh Minah di dalam kelas itu mula bersuara...
Samsul: Pewitttt~!!! ada bendera jepunlah..hehehe...(sambil memandang ke arah Minah dengan mimik muka yang menjijikkan bagi Minah)
Minah:??????(perasaan tidak mengerti)

Kemudian budak-budak kelasnya mula ketawa terbahak-bahak..terutamanya lelaki...

Minah:?????????????????????????????????????????????????Ada apa-apa yang pelik ke? (masih tidak mengerti sambil memandang kearah Monah)

Monah memberikan isyarat telunjuknya supaya Minah melihat bahagian bajunya di belakang..Monah pun melihat..ERRRRRRRRRRRRR....sambil menutup muka kerana malu..Rupa-rupanya Minah 'datang bulan'...Tompokan darah haidnya telah mewarnai baju sekolahnya yang bewarna putih itu....Jadi rupanya sudah menjadi seakan-akan bendera Jepun... Cikgu Rahimi bermuka selamba...hanya menyuruh Minah duduk di tempat asalnya...

Minah:ARRRRRRRRRRRRRRRRRGGHHHHHHHHHHHHHHHHH...malunya aku~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (sambil berkata didalam hati)

P/S:
*Kalau boleh elakkanlah situasi sebegini berlaku..sebab ini juga sebahagian daripada maruah diri kita sebagai seorang wanita. So, kene alert dan hati-hati. Jangan ambil perkara ni sebagai perkara yang mudah*

Kat sini Qisha nak tunjukkan beberapa cara supaya tidak terkantoi 'bendera jepun' apabila berada dimana-mana pun....

Cara 1 :Gunakan Kaedah Pengiraan Kitaran Haid

Kitaran haid normal manusia adalah sebanyak 28 hari bermula hari pertama wanita 'datang bulan'. Sebagai contoh diatas hari pertama 'period' adalah pada 1 julai.Bermula daripada 1 julai, kira sehingga 28 hari.Jadi tarikh jangkaan 'period' itu akan datang kembali ialah pada tarikh 28 julai.Hmmm...kat sini Qisha juga nak bagitahu hari subur wanita itu bile?.Gambar diatas menunjukkan hari subur wanita ialah pada tarikh 14,15 dan 16 julai (yang telah dibulatkan dengan pen hijau) iaitu pada hari yang ke 14,15 dan 16.Pada hari subur nih...telur (ovari) matang/bersedia untuk bersenyawa..Kalau nak pastikan tepat atau tidak..bila korang bangun pagi2 terus amik termometer..biasanya suhu badan akan naik 1 darjah celcius....jadi pada waktu ni.. wanita yang dah berkahwin sesuailah untuk melakukan aktiviti 'mengawan'...haha...hmmm...bukan senang ye nak buat manusia nih...begitulah keagungan ciptaan Tuhan...
P/S:
*Kaedah pengiraan kitaran haid di atas adalah untuk wanita yang mengalami kitaran haid normal sahaja. Ianya mungkin tidak tepat bagi wanita yang mengalami masalah peranakan, gangguan emosi, masalah senggugut dan lain-lain.

Cara 2: Bawa 'bekalan' sentiasa bersama-sama
                                    Kotex adalah jenama terkenal tuala wanita pada masa kini

Cara ni adalah sesuai untuk wanita yang tidak tepat jadual kitaran haidnya.Jadi nak tak nak korang kenelah bawak 'bekalan' ni di dalam beg tangan/beg sekolah kemana-mana sahaja yang korang perlu.
*Berisiko jikalau beg korang sengaja dibongkar/diintai oleh 'mamat2'.Tuala wanita nikan juga sebahagian daripada maruah wanita jadi korang mesti rasa malu apabila 'mamat2' tak bertanggungjawab berbuat sedemikian.

Cara 3: Pakai pantiliner sentiasa

Pantiliner yang mempunyai pelbagai corak dan banyak terdapat di pasaran

Cara ni pulak adalah sesuai untuk 'orang kaya' sahaja. Sebab pantiliner nih adalah untuk pemakaian harian serta tujuannya adalah untuk mengelakkan keputihan. Korang yang tak berduit mesti rasa cara ni adalah sebagai 'kehendak' korang sahaja bukannya sebagai 'keperluan'.Dengan memakai pantiliner nih...Bila korang terlupa tarikh datang bulan, jadi kebarangkalian 'kebocoran' darah haid pada pakaian tidaklah begitu tinggi. Jadi korang sempat lagi ke kedai/balik rumah pakai tuala wanita.

Cara 4: Angkat baju keatas apabila hendak duduk (sesuai untuk baju kurung sahaja)
Cara ni adalah sesuai untuk adik-adik yang memakai uniform sekolah/baju kurung yang bewarna putih.Jadi bile 'datang bulan' kebocoran hanya berlaku pada kain dan tidaklah terkena pada baju yang berwarna putih tadi.
P/S:
*bila nampak kebocoran pada kain, cepat-cepatlah bersihkan kerusi /tempat duduk tersebut dengan mengalirkan air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasa (kaedah islam). Ingat kebersihan diri dan sekeliling penting kepada setiap wanita kerana kebersihan melambangkan peribadi wanita itu.

Cara 5: Telan pil 'tahan period'

Cara ni adalah untuk korang yang jenis 'malas amik tahu langsung'.Jadi cara yang terbaik untuk korang 'yang degil'...korang telan je pil tahan period nih beberapa bijik...SETELLLL~!!!!HAHAHA....
P/S:
*Amaran: cara ini boleh memudaratkan kesihatan.penganbilan pil ini hanyalah berdasarkan atas nasihat doktor dan sebab-sebab tertentu sahaja.Cara ni biasanya sesuai untuk wanita yang ingin melakukan ibadat umrah ataupun haji.

Cara-cara untuk elakkan diri daripada terkena BOMMBB..

Korang pernah bayangkan tak?...jikalau korang semua dilahirkan pada zaman jepun???Mesti dalam fikiran korang pada masa itu ialah ketakutan serta menyelamatkan diri masing-masing daripada kekejaman tentera jepun.Menurut penceritaan nenek qisha yang pernah hidup di zaman jepun, kalau orang perempuan pada zaman tu umur belasan tahun dah kene paksa kawen cepat-cepat oleh mak ayah masing-masing.kalau tak kawen...alamatnye korang kene jadi 'gundik' orang jepun...past tuh kene 'kenduri'lah jawabnyer...dahsyatkan???alhamdulillah qisha dilahirkan di zaman yang merdeka serta aman dan makmur...
Zaman Jepun yang dipenuhi dengan ketakutan

Beralih pulak kepada cerita nenek qisha.Umur nenek qisha ialah 81 tahun pada tahun ini.Nenek qisha dilahirkan pada 24hb 4 tahun 1930.Maknanya nenek qisha pernah hidup dizaman jepun.Nenek qisha berbangsa cina dan dijaga oleh keluarga melayu sejak kecil lagi.Sampai sekarang nenek qisha tak tahu asal usul dia dan siapa ibu bapa kandung sebenardia...sedihkan???Dulu2..pada zaman jepun, orang jepun  tidak suka kepada orang cina.Sebab orang jepun percaya kebanyakan orang cina terlibat dalam aktiviti komunis.Jadi nak tak nak, nenek qisha diserahkan kepada moyang qisha yang berbangsa melayu supaya nenek qisha dapat membesar dengan selamat.Setiap kali pulang ke kampung, nenek selalu ceritakan kepada qisha tentang kehidupan dia di zaman jepun.Daripada penceritaan nenek, qisha dapat simpulkan tentang zaman jepun.Zaman jepun ialah.....

Zaman Jepun=Zaman kekejaman+tragedi penggal2 kepala+bunuh2 orang+bom sana bom sini+kebuluran

Jepun memasuki tanah melayu melalui Thailand

Jepun memerintah selama 3 tahun 8 bulan.Jepun masuk ke tanah melayu dengan menaiki kereta kebal, kapal, basikal dan juga jet pesawat.HAAAA...masuk tentang jet pesawat nih sudah tentulah ada BOM yang digunakan untuk memusnahkan tanah melayu.Disini qisha nak fokus cara-cara  untuk kita mengelakkan diri daripada terkena serpihan bom.


Menurut nenek qisha, bom zaman jepun adalah sebesar 'tong drum' dan bewarna putih.Besar jugakkkan??bom ini juga adalah diperbuat daripada 100% besi.Bom-bom dizaman jepun ini biasanya akan disasarkan di bandar-bandar, kedai-kedai dan juga tempat-tempat yang banyak 'omputih'.Sebab pada masa itu British yang menjajah tanah melayu.Jadi jepun nak rampas kuasalah...Biasanya,bom-bom yang disasarkan ada yang meletup dan ada yang tak meletup.Bom-bom yang tidak meletup kebanyakannya banyak ditemui di tepi-tepi sungai selepas negara kita merdeka.Nenek qisha pernah cakap.."kalau nampak bom disasarkan kebawah...segera kita meniarap...jangan berlari..."Dalam fikiran qisha pulak "Gile ke ape??? kalau tak lari...mamposlah aku kene bom".Sebenarnya tanggapan qisha salah, sebaik sahaja bom itu disasarkan dan mengenai tanah serpihan2 besi yang tajam daripada bom akan menghambur keatas.Jadi segeralah meniarap, dan kebarangkalian untuk terkena serpihan bom tersebut adalah tipis.Cuba bayangkan kalau korang belari dan berdiri semasa bom tersebut meletup, sudah tentunya serpihan-serpihan besi tersebut akan terkena pada kepala atau bahagia badan...alamatnya...melayanglah nyawa korang....hehehe...

Beginilah nasib orang yang terkena bom..tak semestinya orang yang terkena bom ini akan mati..Ada juga yang cacat merana...='(

*teknik  yang qisha cerita ini adalah untuk persediaan kita dihari yang mendatang...langit tak akan selalunya cerah...apa2 yang terjadi pada masa akan datang di negara kita hanya tuhan sahaja yang tahu.Tapi qisha berharap agar negara kita still dalam keadaan aman hingga anak cucu kita nanti...aminnnn...i love malaysia*

Monday, June 20, 2011

Ohh kreatifnya kawan2 sekolahku!!!

Dalam entry ni qisha nak cerita pasal 'kekreatifan' budak-budak sekolah menengah qisha terutamanya dalam bab-bab fesyen terutamanya pompuan..Korang lelaki mesti tak berapa nak amik tahu or memang tak tahulah bab-bab fesyen remaja pompuan sekolah-sekolah menengah nih...haha..Di sini qisha nak fokus fesyen bertudung sekolah qisha dulu..qisha dulu bersekolah di sekolah rancangan khas dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 and 100% adalah muslimah and muslimin sejati.Jadi kaum pompuan di sekolah qisha adalah 100% bertudung.Pakai tudung ni pun ade 'seni' jugak walau pun tudung disekolah semuanya satu color..biasenye color putih (untuk student biase2), color yang warna biru, hijau, coklet dll (biasenye untuk yang 'berkuasa' cam pengawas sekolah, asrama, perpustakaan dan macam-macam lagi...)


         Nilah uniform sekolah rasmi di kebanyakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.Cantikkan?

Walaupun tudung-tudung sekolah adalah satu warna, korang ingat budak-budak pompuan tak boleh 'melaram' ke?Ade sorang mamat pernah cakap kat qisha, "budak-budak pompuan sekolah menengah nak berfesyen cam mane?tudung kebanyakan semuanya sama bentuk je...lainlah kalau tudung tu  warna-warni ke.. ada corak2 ke.. tudung wardinake, mawike dan ada macam2 jenis lagi" hmmm...sebenarnye korang silap.Dah nama pun perempuan untuk kelihatan cantik, kemas atau untuk kelihatan kelainan daripada orang lain adalah satu kemestian.Ni qisha nak tunjuk macam mana cara-cara budak-budak pompuan sekolah qisha berfesyen terutamanya dalam fesyen bertudung...

Fesyen 1: Fesyen tudung 'awning keras'

*awning* nih bermaksud cam bumbung atau atap keras.Biasenye kat rumah2 ada yang pasang awning kat depan. Dalam bab tudung nih plak *awning* tuh bermaksud bahagian muncung diatas kepala biasanya akan melebihi sedikit daripada muka kita.Zaman sekolah qisha dulu2 'tudung ekspress' nih x muncul lagi...Biasenya 'tudung ekspress' ni awningnya dah keras.Jadi x payah susah-susah nak keraskannnya lagi...Cuma pakaikan je kat kepala seperti 'menyarung stokin'..kan mudah~!!


Ekin Mawi : Sangat ayu apabila memakai 'tudung ekspress' yang menjadi kegilaan wanita sekarang

Cara 1:



Gambar diatas ini menunjukkan macam mana cara-cara untuk buat 'fesyen tudung awning keras' sewaktu dizaman sekolah qisha dulu2..Mudah je caranye..antara bahan2 yang diperlukan adalah botol minuman plastik atau cover plastik buku skrap serta gunting atau pisau.Botol minuman plastik yang digunakan disini adalah botol minuman yang tak de lekuk-lekuk.Senang kata botol minuman yang mempunyai permukaan licin..Botol minuman ni senang jer kalu nak cari..korang leh cari kat tong2 sampah yang orang lain x nak minum dah..Kalau korang rase 'alergi' dengan botol plastik korang boleh gantikannya dengan cover plastik buku skrap yang dah tak digunakan.Selepas tuh korang potong dengan gunting ataupun pisau sehingga menjadi empat segi panjang dan lengkungkan plastik tu bentuk 'U'(lau guna botol minuman x perlu,sebab memang semulajadi akan melengkung.Bila dah siap, akhir sekali letakkan potongan plastik tersebut dibawah awning tudung yang 'lembik' tadi.Tadaaa~!!!kan dah jadi keras dan kemas...

Cara 2:


Jika korang rase rimas dengan cara yang qisha tunjukkan tadi..qisha ada cara yang membolehkan korang rase lagi selesa apabila memakai tudung.Cara yang kedua ni juga senang.Korang hanya perlukan sebatang lilin yang berwarna putih (lilin yang berwarna-warni tidak dibenarkan..alamatnya tudung korang kalau rendam klorok 50 hari 50 malam pun tak akan hilang warnanya...past tu baik korang beli tudung baru jer..hehe.).Lilin tersebut korang sapukan pada garis lipatan tudung yang membentuk awning. Kemudian korang ironkan perlahan2...hasilnya..awning tudung korang memang keras~!!!

Cara 3:


Fabric starch jenama Kleen

Ini pula cara yang paling senang bagi menggantikan lilin tadi...Agak2 kalau susah sangat nak cari lilin..Korang beli jer fabric starch ni yang biasanya diperbuat daripada kanji.Lagipun cara ni tak akan merosakkan fabrik jika nak dibandingkan dengan lilin.Korang cuma sembur sahaja pada tudung. Kemudian iron...Kan mudah~!!!
*tapi zaman sekolah qisha alat ni belum ade lagi..agak sedih..=(..huhu*


Fesyen 2: Fesyen tudung ala2 'sister'


Fesyen ni plak..cara lipatan 'awning' tudung dibahagian hujung *kadar 2 cm- 3cm* akan dilipatkan keatas.Budak-budak sekolah biasanya akan buat apabila waktu panas.Reason yang pertama, supaya udara mudah terkena pada dahi dan reason yang kedua sebab rimas dengan bentuk 'awning' yang tidak sekata.Ada sesetengah orang cakap, tiru gaya ni tak elok sebab menyerupai sister.Di sini qisha tak nak comment lebih2 sebab melibatkan isu-isu sensitiviti agame..kalau korang tak pasti baik korang tanya kepada mereka yang lebih arif pasal hukum-hakam fesyen nih....

Fesyen 3: Fesyen ala2 'Mek Klate'

"Kalo mu nak tiru gaye nih..mu ley ar wat fesyen cam nih"..haha..oklah fesyen ni dipanggil fesyen ala2 Mek Klate.Biasanya mek2 klate nih orang cakap 'comel lote' blake.Yeke???Baiklah..cara pemakaian tudung nih kalau nak dibandingkan dengan cara pemakaian tudung biasa adalah berdasarkan cara lipatan sisi tepi kiri dan kanan tudung.Cara lipatan tudung ini biasanya agak keatas sedikit jikalau nak dibandingkan dengan cara lipatan tudung normal.Jadi biasanya kemuncungan 'awning' tudung fesyen ala2 Mek Klate ini akan nampak lebih kedepan jikalau nak dibandingkan dengan kemuncungan 'awning' tudung lipatan biasa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Dah abis pasal fesyen2 tudung tadi...Gambar di bawah ni plak qisha nak tunjukkan fesyen yang tak patut dipakai di sekolah...Biasenye fesyen  macam begini adalah utk identiti yang mungkin untuk menunjukkan seseorang itu paling 'otai', 'senior' ataupun sengaja mahukan perhatian lebih daripada orang lain atau mahukan publisiti...biasenya fesyen dibawah nih kain dan baju sekolah yang sedia ada akan disingkatkan...kononnya nampak lebih 'seksi' atau 'ruget'..yeke???hehe...



Semua diatas adalah berdasarkan pengalaman2 qisha sewaktu di sekolah menengah.Mungkin ada fesyen lain disekolah2 korang yang qisha tak pernah tahu..Oklah daripada ketiga-tiga fesyen tudung kat atas nih...korang suka yang mane ye???