Tuesday, June 21, 2011

Cara-cara untuk elakkan diri daripada terkena BOMMBB..

Korang pernah bayangkan tak?...jikalau korang semua dilahirkan pada zaman jepun???Mesti dalam fikiran korang pada masa itu ialah ketakutan serta menyelamatkan diri masing-masing daripada kekejaman tentera jepun.Menurut penceritaan nenek qisha yang pernah hidup di zaman jepun, kalau orang perempuan pada zaman tu umur belasan tahun dah kene paksa kawen cepat-cepat oleh mak ayah masing-masing.kalau tak kawen...alamatnye korang kene jadi 'gundik' orang jepun...past tuh kene 'kenduri'lah jawabnyer...dahsyatkan???alhamdulillah qisha dilahirkan di zaman yang merdeka serta aman dan makmur...
Zaman Jepun yang dipenuhi dengan ketakutan

Beralih pulak kepada cerita nenek qisha.Umur nenek qisha ialah 81 tahun pada tahun ini.Nenek qisha dilahirkan pada 24hb 4 tahun 1930.Maknanya nenek qisha pernah hidup dizaman jepun.Nenek qisha berbangsa cina dan dijaga oleh keluarga melayu sejak kecil lagi.Sampai sekarang nenek qisha tak tahu asal usul dia dan siapa ibu bapa kandung sebenardia...sedihkan???Dulu2..pada zaman jepun, orang jepun  tidak suka kepada orang cina.Sebab orang jepun percaya kebanyakan orang cina terlibat dalam aktiviti komunis.Jadi nak tak nak, nenek qisha diserahkan kepada moyang qisha yang berbangsa melayu supaya nenek qisha dapat membesar dengan selamat.Setiap kali pulang ke kampung, nenek selalu ceritakan kepada qisha tentang kehidupan dia di zaman jepun.Daripada penceritaan nenek, qisha dapat simpulkan tentang zaman jepun.Zaman jepun ialah.....

Zaman Jepun=Zaman kekejaman+tragedi penggal2 kepala+bunuh2 orang+bom sana bom sini+kebuluran

Jepun memasuki tanah melayu melalui Thailand

Jepun memerintah selama 3 tahun 8 bulan.Jepun masuk ke tanah melayu dengan menaiki kereta kebal, kapal, basikal dan juga jet pesawat.HAAAA...masuk tentang jet pesawat nih sudah tentulah ada BOM yang digunakan untuk memusnahkan tanah melayu.Disini qisha nak fokus cara-cara  untuk kita mengelakkan diri daripada terkena serpihan bom.


Menurut nenek qisha, bom zaman jepun adalah sebesar 'tong drum' dan bewarna putih.Besar jugakkkan??bom ini juga adalah diperbuat daripada 100% besi.Bom-bom dizaman jepun ini biasanya akan disasarkan di bandar-bandar, kedai-kedai dan juga tempat-tempat yang banyak 'omputih'.Sebab pada masa itu British yang menjajah tanah melayu.Jadi jepun nak rampas kuasalah...Biasanya,bom-bom yang disasarkan ada yang meletup dan ada yang tak meletup.Bom-bom yang tidak meletup kebanyakannya banyak ditemui di tepi-tepi sungai selepas negara kita merdeka.Nenek qisha pernah cakap.."kalau nampak bom disasarkan kebawah...segera kita meniarap...jangan berlari..."Dalam fikiran qisha pulak "Gile ke ape??? kalau tak lari...mamposlah aku kene bom".Sebenarnya tanggapan qisha salah, sebaik sahaja bom itu disasarkan dan mengenai tanah serpihan2 besi yang tajam daripada bom akan menghambur keatas.Jadi segeralah meniarap, dan kebarangkalian untuk terkena serpihan bom tersebut adalah tipis.Cuba bayangkan kalau korang belari dan berdiri semasa bom tersebut meletup, sudah tentunya serpihan-serpihan besi tersebut akan terkena pada kepala atau bahagia badan...alamatnya...melayanglah nyawa korang....hehehe...

Beginilah nasib orang yang terkena bom..tak semestinya orang yang terkena bom ini akan mati..Ada juga yang cacat merana...='(

*teknik  yang qisha cerita ini adalah untuk persediaan kita dihari yang mendatang...langit tak akan selalunya cerah...apa2 yang terjadi pada masa akan datang di negara kita hanya tuhan sahaja yang tahu.Tapi qisha berharap agar negara kita still dalam keadaan aman hingga anak cucu kita nanti...aminnnn...i love malaysia*

No comments:

Post a Comment