Kami adalah adik-beradik yang selalu sayang -menyayangi. Nama panggilan saya 'kak yong' (panggilan anak sulong) dan nama panggilan adik saya 'angah' (panggilan anak kedua).Beza umur kami ialah dua tahun.
Mummy selalu cakap kulit angah gelap sebab suka makan kicap.Kulit kak yong pulak cerah sebab suka minum soya.
Angah, ingat tak waktu kita kecik dulu-dulu. Kita suka lukis-lukis gambar ikan, pokok, kucing, rumah dan macam-macam lagilah yang kita suka.Tapi yang paling penting kita mesti lukis menggunakan colour caryon. Tapi perangai awak pelik angah, hobi awak ialah memasukkan batang caryon kedalam lubang hidung awak sendiri. Suatu hari, sedang awak menyumbatkan batang caryon kedalam lubang hidung, awak menjerit-jerit menangis dengan kuat. Mummy dan abah pun menggelabah.Rupa-rupanya, batang caryon yang awak sumbatkankan tadi tersekat kat dalam lubang hidung awak dan tak boleh keluar semula. hahahaha...padan muka awak angah~!!..nasib baik selepas itu abah dapat keluarkan batang caryon tu semula....haha...cuak muka awak ye angah ketika tu...hihi..
Dulu-dulu awak ingat tak lagi, awak suka baling- baling batu kat kak yong. Suatu hari, "kelekuk~!" (bunyi batu dibaling terkena kat dahi kak yong). Kak yong pun menangis dengan kuat apabila tengok dahi kak yong berdarah...(trauma).Angah, awk...MEEEEMANNNGGGG.........
Angah ingat tak waktu kita kecik-kecik dulu, awak suka tolak belakang kereta abah.Konon-kononnya, awak ni hebat sebab boleh menggerakkan kereta abah.Padahal, abah yang drive and awak tolak belakang kereta tu...memanglah kereta tu bergerak..haha...Sedang awak menunjukkan kehebatan awak, abah drive dengan lajunya..dan awak pun terjatuh tergolek-golek macam ayam golek.Karh.Karh.Karh.
Angah awak ingat tak lagi waktu kita kecik-kecik dulu, aktiviti kegemaran kita diwaktu petang ialah 'mandi sungai tanpa kebenaran'.Kita selalu pergi sungai senyap-senyap tanpa bagitau mummy dan abah. Past tu, kita mandi bersama-sama dengan kawan-kawan kita yang lain. Suatu hari, selepas kita dah siap daripada keseronokan bermandi-manda dan dah pakai baju semula. kakyong terlupa yang kak yong dah pakai baju terbalik daripada yang asal sebelum mandi. Huhuhu...kesian kak yong kene marah dengan mummy KAW-KAW sebab 'terkantoi' mandi sungai...haha...padan muka~!!
Begitulah ceritera kami adik-beradik.Kalau diimbas kembali, nak je rasenya jadi kanak-kanak semula..Seronoknya zaman kanak-kanak.Tapi masa tu dah berlalu.huhuhu....
Inilah angah dan kak yong..Sekarang angah dan cerah..dah tak gelap macam dulu-dulu..hehe
P/s: Ngah jangan marah yong, gurauan semata-mata..waka-waka...eh. eh...
No comments:
Post a Comment