Dalam entry ni qisha nak cerita pasal 'kekreatifan' budak-budak sekolah menengah qisha terutamanya dalam bab-bab fesyen terutamanya pompuan..Korang lelaki mesti tak berapa nak amik tahu or memang tak tahulah bab-bab fesyen remaja pompuan sekolah-sekolah menengah nih...haha..Di sini qisha nak fokus fesyen bertudung sekolah qisha dulu..qisha dulu bersekolah di sekolah rancangan khas dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 and 100% adalah muslimah and muslimin sejati.Jadi kaum pompuan di sekolah qisha adalah 100% bertudung.Pakai tudung ni pun ade 'seni' jugak walau pun tudung disekolah semuanya satu color..biasenye color putih (untuk student biase2), color yang warna biru, hijau, coklet dll (biasenye untuk yang 'berkuasa' cam pengawas sekolah, asrama, perpustakaan dan macam-macam lagi...)
Nilah uniform sekolah rasmi di kebanyakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.Cantikkan?
Walaupun tudung-tudung sekolah adalah satu warna, korang ingat budak-budak pompuan tak boleh 'melaram' ke?Ade sorang mamat pernah cakap kat qisha, "budak-budak pompuan sekolah menengah nak berfesyen cam mane?tudung kebanyakan semuanya sama bentuk je...lainlah kalau tudung tu warna-warni ke.. ada corak2 ke.. tudung wardinake, mawike dan ada macam2 jenis lagi" hmmm...sebenarnye korang silap.Dah nama pun perempuan untuk kelihatan cantik, kemas atau untuk kelihatan kelainan daripada orang lain adalah satu kemestian.Ni qisha nak tunjuk macam mana cara-cara budak-budak pompuan sekolah qisha berfesyen terutamanya dalam fesyen bertudung...
Fesyen 1: Fesyen tudung 'awning keras'
*awning* nih bermaksud cam bumbung atau atap keras.Biasenye kat rumah2 ada yang pasang awning kat depan. Dalam bab tudung nih plak *awning* tuh bermaksud bahagian muncung diatas kepala biasanya akan melebihi sedikit daripada muka kita.Zaman sekolah qisha dulu2 'tudung ekspress' nih x muncul lagi...Biasenya 'tudung ekspress' ni awningnya dah keras.Jadi x payah susah-susah nak keraskannnya lagi...Cuma pakaikan je kat kepala seperti 'menyarung stokin'..kan mudah~!!
Ekin Mawi : Sangat ayu apabila memakai 'tudung ekspress' yang menjadi kegilaan wanita sekarang
Cara 1:
Gambar diatas ini menunjukkan macam mana cara-cara untuk buat 'fesyen tudung awning keras' sewaktu dizaman sekolah qisha dulu2..Mudah je caranye..antara bahan2 yang diperlukan adalah botol minuman plastik atau cover plastik buku skrap serta gunting atau pisau.Botol minuman plastik yang digunakan disini adalah botol minuman yang tak de lekuk-lekuk.Senang kata botol minuman yang mempunyai permukaan licin..Botol minuman ni senang jer kalu nak cari..korang leh cari kat tong2 sampah yang orang lain x nak minum dah..Kalau korang rase 'alergi' dengan botol plastik korang boleh gantikannya dengan cover plastik buku skrap yang dah tak digunakan.Selepas tuh korang potong dengan gunting ataupun pisau sehingga menjadi empat segi panjang dan lengkungkan plastik tu bentuk 'U'(lau guna botol minuman x perlu,sebab memang semulajadi akan melengkung.Bila dah siap, akhir sekali letakkan potongan plastik tersebut dibawah awning tudung yang 'lembik' tadi.Tadaaa~!!!kan dah jadi keras dan kemas...
Cara 2:
Jika korang rase rimas dengan cara yang qisha tunjukkan tadi..qisha ada cara yang membolehkan korang rase lagi selesa apabila memakai tudung.Cara yang kedua ni juga senang.Korang hanya perlukan sebatang lilin yang berwarna putih (lilin yang berwarna-warni tidak dibenarkan..alamatnya tudung korang kalau rendam klorok 50 hari 50 malam pun tak akan hilang warnanya...past tu baik korang beli tudung baru jer..hehe.).Lilin tersebut korang sapukan pada garis lipatan tudung yang membentuk awning. Kemudian korang ironkan perlahan2...hasilnya..awning tudung korang memang keras~!!!
Cara 3:
Fabric starch jenama Kleen
Ini pula cara yang paling senang bagi menggantikan lilin tadi...Agak2 kalau susah sangat nak cari lilin..Korang beli jer fabric starch ni yang biasanya diperbuat daripada kanji.Lagipun cara ni tak akan merosakkan fabrik jika nak dibandingkan dengan lilin.Korang cuma sembur sahaja pada tudung. Kemudian iron...Kan mudah~!!!
*tapi zaman sekolah qisha alat ni belum ade lagi..agak sedih..=(..huhu*
Fesyen 2: Fesyen tudung ala2 'sister'
Fesyen ni plak..cara lipatan 'awning' tudung dibahagian hujung *kadar 2 cm- 3cm* akan dilipatkan keatas.Budak-budak sekolah biasanya akan buat apabila waktu panas.Reason yang pertama, supaya udara mudah terkena pada dahi dan reason yang kedua sebab rimas dengan bentuk 'awning' yang tidak sekata.Ada sesetengah orang cakap, tiru gaya ni tak elok sebab menyerupai sister.Di sini qisha tak nak comment lebih2 sebab melibatkan isu-isu sensitiviti agame..kalau korang tak pasti baik korang tanya kepada mereka yang lebih arif pasal hukum-hakam fesyen nih....
Fesyen 3: Fesyen ala2 'Mek Klate'
"Kalo mu nak tiru gaye nih..mu ley ar wat fesyen cam nih"..haha..oklah fesyen ni dipanggil fesyen ala2 Mek Klate.Biasanya mek2 klate nih orang cakap 'comel lote' blake.Yeke???Baiklah..cara pemakaian tudung nih kalau nak dibandingkan dengan cara pemakaian tudung biasa adalah berdasarkan cara lipatan sisi tepi kiri dan kanan tudung.Cara lipatan tudung ini biasanya agak keatas sedikit jikalau nak dibandingkan dengan cara lipatan tudung normal.Jadi biasanya kemuncungan 'awning' tudung fesyen ala2 Mek Klate ini akan nampak lebih kedepan jikalau nak dibandingkan dengan kemuncungan 'awning' tudung lipatan biasa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah abis pasal fesyen2 tudung tadi...Gambar di bawah ni plak qisha nak tunjukkan fesyen yang tak patut dipakai di sekolah...Biasenye fesyen macam begini adalah utk identiti yang mungkin untuk menunjukkan seseorang itu paling 'otai', 'senior' ataupun sengaja mahukan perhatian lebih daripada orang lain atau mahukan publisiti...biasenya fesyen dibawah nih kain dan baju sekolah yang sedia ada akan disingkatkan...kononnya nampak lebih 'seksi' atau 'ruget'..yeke???hehe...
Semua diatas adalah berdasarkan pengalaman2 qisha sewaktu di sekolah menengah.Mungkin ada fesyen lain disekolah2 korang yang qisha tak pernah tahu..Oklah daripada ketiga-tiga fesyen tudung kat atas nih...korang suka yang mane ye???
Haha Allahu.. Sakit perut ketawa.. Hahahahahhaha.. Lusa skola dn sungguh aku sgt lah ndak mahir bentuk awning tudung ni. Dari form 1 hingga this year form 5 msih lagi x Pro.. Urmm
ReplyDeleteKena tengok juga kain jenis bawal apa digunakan. Kalau betul² kain jenis cotton voile Japan memang tiada masalah. Tapi yg bawal kenis murah² tu kebanyakan Artie tengok kainnya lembik 😥. Ada kami share jenis kain dimaksudkan di blog kami disini Warna Tudung Bawal
ReplyDelete