Suatu pagi Minah (bukan nama sebenar) sedang belajar subjek matematik di dalam kelas...Minah memang sangat tidak suka subjek matematik ...Cikgu Rahimi (juga bukan nama sebenar) menyuruh semua pelajar di dalam kelas membuat latihan yang ditulis di papan hitam...Soalan yang diberikan oleh Cikgu Rahimi punyalah susah...macam dah tahap Oxford University....Minah yang memang 'bengap tahap gaban' dalam subjek matematik mula mencari idea untuk meniru...
Minah : Eh, Monah (ni nama pinjam jer..bukan nama sebenar)...ko dah siap ke latihan yang Cikgu Rahimi buat kat depan tuh???
Monah: Emmm...senang jer..aku dah siap lama dah (muka agak konfiden). Ko kenapa?
Minah: Ko boleh tunjuk ajar kat aku satu- persatu tak?ak tak faham...ko tulis kat buku aku nih..nanti aku fahamkan sendiri...(ni taktik biasa pelajar kalau dah malas nak buat latihan...haha~!)
Monah pun menulis jawapan didalam buku Minah...Belum sempat habis menulis..Tiba-tiba...
Cikgu Rahimi: Minah sila buat latihan ini di papan hitam..
Minah dengan gelabahnya segera mengambil buku daripada Monah dan menuju ke arah papan hitam..
Minah mengambil kapur di atas meja Cikgu Rahimi..Kemudian ke arah papan hitam untuk menulis sambil menggaru2kan kepalanya kerana tak faham apa yang ditulis oleh Monah tadi...Tiba-tiba ada sekor mamat yang paling tidak disukai oleh Minah di dalam kelas itu mula bersuara...
Samsul: Pewitttt~!!! ada bendera jepunlah..hehehe...(sambil memandang ke arah Minah dengan mimik muka yang menjijikkan bagi Minah)
Minah:??????(perasaan tidak mengerti)
Kemudian budak-budak kelasnya mula ketawa terbahak-bahak..terutamanya lelaki...
Minah:?????????????????????????????????????????????????Ada apa-apa yang pelik ke? (masih tidak mengerti sambil memandang kearah Monah)
Monah memberikan isyarat telunjuknya supaya Minah melihat bahagian bajunya di belakang..Monah pun melihat..ERRRRRRRRRRRRR....sambil menutup muka kerana malu..Rupa-rupanya Minah 'datang bulan'...Tompokan darah haidnya telah mewarnai baju sekolahnya yang bewarna putih itu....Jadi rupanya sudah menjadi seakan-akan bendera Jepun... Cikgu Rahimi bermuka selamba...hanya menyuruh Minah duduk di tempat asalnya...
Minah:ARRRRRRRRRRRRRRRRRGGHHHHHHHHHHHHHHHHH...malunya aku~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (sambil berkata didalam hati)
P/S:
*Kalau boleh elakkanlah situasi sebegini berlaku..sebab ini juga sebahagian daripada maruah diri kita sebagai seorang wanita. So, kene alert dan hati-hati. Jangan ambil perkara ni sebagai perkara yang mudah*
Kat sini Qisha nak tunjukkan beberapa cara supaya tidak terkantoi 'bendera jepun' apabila berada dimana-mana pun....
Cara 1 :Gunakan Kaedah Pengiraan Kitaran Haid
Kitaran haid normal manusia adalah sebanyak 28 hari bermula hari pertama wanita 'datang bulan'. Sebagai contoh diatas hari pertama 'period' adalah pada 1 julai.Bermula daripada 1 julai, kira sehingga 28 hari.Jadi tarikh jangkaan 'period' itu akan datang kembali ialah pada tarikh 28 julai.Hmmm...kat sini Qisha juga nak bagitahu hari subur wanita itu bile?.Gambar diatas menunjukkan hari subur wanita ialah pada tarikh 14,15 dan 16 julai (yang telah dibulatkan dengan pen hijau) iaitu pada hari yang ke 14,15 dan 16.Pada hari subur nih...telur (ovari) matang/bersedia untuk bersenyawa..Kalau nak pastikan tepat atau tidak..bila korang bangun pagi2 terus amik termometer..biasanya suhu badan akan naik 1 darjah celcius....jadi pada waktu ni.. wanita yang dah berkahwin sesuailah untuk melakukan aktiviti 'mengawan'...haha...hmmm...bukan senang ye nak buat manusia nih...begitulah keagungan ciptaan Tuhan...
P/S:
*Kaedah pengiraan kitaran haid di atas adalah untuk wanita yang mengalami kitaran haid normal sahaja. Ianya mungkin tidak tepat bagi wanita yang mengalami masalah peranakan, gangguan emosi, masalah senggugut dan lain-lain.
Cara 2: Bawa 'bekalan' sentiasa bersama-sama
Kotex adalah jenama terkenal tuala wanita pada masa kini
Cara ni adalah sesuai untuk wanita yang tidak tepat jadual kitaran haidnya.Jadi nak tak nak korang kenelah bawak 'bekalan' ni di dalam beg tangan/beg sekolah kemana-mana sahaja yang korang perlu.
*Berisiko jikalau beg korang sengaja dibongkar/diintai oleh 'mamat2'.Tuala wanita nikan juga sebahagian daripada maruah wanita jadi korang mesti rasa malu apabila 'mamat2' tak bertanggungjawab berbuat sedemikian.
Cara 3: Pakai pantiliner sentiasa
Pantiliner yang mempunyai pelbagai corak dan banyak terdapat di pasaran
Cara ni pulak adalah sesuai untuk 'orang kaya' sahaja. Sebab pantiliner nih adalah untuk pemakaian harian serta tujuannya adalah untuk mengelakkan keputihan. Korang yang tak berduit mesti rasa cara ni adalah sebagai 'kehendak' korang sahaja bukannya sebagai 'keperluan'.Dengan memakai pantiliner nih...Bila korang terlupa tarikh datang bulan, jadi kebarangkalian 'kebocoran' darah haid pada pakaian tidaklah begitu tinggi. Jadi korang sempat lagi ke kedai/balik rumah pakai tuala wanita.
Cara 4: Angkat baju keatas apabila hendak duduk (sesuai untuk baju kurung sahaja)
Cara ni adalah sesuai untuk adik-adik yang memakai uniform sekolah/baju kurung yang bewarna putih.Jadi bile 'datang bulan' kebocoran hanya berlaku pada kain dan tidaklah terkena pada baju yang berwarna putih tadi.
P/S:
*bila nampak kebocoran pada kain, cepat-cepatlah bersihkan kerusi /tempat duduk tersebut dengan mengalirkan air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasa (kaedah islam). Ingat kebersihan diri dan sekeliling penting kepada setiap wanita kerana kebersihan melambangkan peribadi wanita itu.
Cara 5: Telan pil 'tahan period'
Cara ni adalah untuk korang yang jenis 'malas amik tahu langsung'.Jadi cara yang terbaik untuk korang 'yang degil'...korang telan je pil tahan period nih beberapa bijik...SETELLLL~!!!!HAHAHA....
P/S:
*Amaran: cara ini boleh memudaratkan kesihatan.penganbilan pil ini hanyalah berdasarkan atas nasihat doktor dan sebab-sebab tertentu sahaja.Cara ni biasanya sesuai untuk wanita yang ingin melakukan ibadat umrah ataupun haji.